NOTIS PRIVASI
- Maklumat apa yang mungkin dikumpulkan dan kaedah pengumpulan Maklumat anda mungkin dikumpulkan dalam beberapa cara, contohnya, apabila anda memberikan maklumat kepada kami (seperti nama, tarikh lahir, alamat surat-menyurat dan alamat e-mel atau maklumat peribadi lain); apabila anda menggunakan atau berinteraksi dengan laman web, aplikasi mudah alih, produk atau perkhidmatan kami, maklumat am bukan peribadi dan maklumat lain mengenai penggunaan laman web kami oleh anda, aplikasi mudah alih, produk atau perkhidmatan anda mungkin dikumpulkan (seperti alamat IP dan ID peranti) melalui penggunaan teknologi automatik seperti kuki dan suar; dan apabila maklumat dikumpulkan daripada sumber yang tersedia secara umum atau dikongsi dengan kami oleh sumber lain. Klik di sini untuk ketahui lebih lanjut.
-
Cara kami menggunakan maklumat
Kami boleh menggunakan maklumat untuk pelbagai tujuan yang diterangkan secara terperinci di bawah ini, termasuk menyediakan anda maklumat mengenai syarikat, produk, promosi dan tawaran istimewa lain, menjadikan pengalaman laman web anda sebagai sesuatu yang menyentuh peribadi, menyampaikan kandungan pengiklanan yang lebih relevan kepada anda dalam laman web kami, laman web pihak ketiga atau platform media sosial dan menjalankan penyelidikan dan analisis pada laman web, produk, usaha pemasaran dan jualan kami. Klik di sini untuk ketahui lebih lanjut.
-
Apabila kami berkongsi maklumat peribadi
Kami tidak menjual atau menyewakan maklumat peribadi anda kepada syarikat lain, kerana terma-terma tersebut difahami secara umum. Di bawah ini kita membincangkan undang-undang yang boleh memberikan definisi yang berbeza mengenai “menjual” dalam bidang kuasa tertentu. Kami boleh berkongsi maklumat peribadi anda dengan (1) persetujuan anda, (2) subsidiari dan sekutu kami, (3) rakan kongsi kami, pengiklan atau syarikat bagi tujuan perniagaan atau operasi, (4) vendor yang menyediakan perkhidmatan bagi pihak kami dan (5) orang lain untuk mematuhi tanggungjawab undang-undang. Tujuan kami untuk berkongsi maklumat peribadi berbeza dalam setiap kategori di atas dan diterangkan secara terperinci di bawah. Klik di sini untuk ketahui lebih lanjut.
-
Cara kami melindungi maklumat
Kami menggunakan langkah keselamatan yang boleh diterima industri untuk membantu melindungi maklumat peribadi anda daripada akses, perubahan, kehilangan atau penyalahgunaan yang tidak dibenarkan. Klik di sini untuk ketahui lebih lanjut.
-
Lagi tentang kuki, suar dan cara untuk menghentikan pengumpulan automatik maklumat
Teknologi automatik (cth., kuki dan suar) digunakan untuk mengumpulkan maklumat am bukan peribadi dan maklumat lain dan, dalam sesetengah kes, pengecam dalam talian seperti alamat IP dan ID peranti. Klik di sini untuk ketahui lebih lanjut.
-
Lagi tentang pengiklanan dalam talian pada laman web yang tidak berkaitan (perkhidmatan iklan pihak ketiga atau pengiklanan sasaran) dan cara menghentikan penghantarannya
Kami menggunakan maklumat yang dikumpulkan melalui teknologi automatik (cth., kuki dan suar) untuk terlibat dalam pengiklanan sasaran. Klik di sini untuk ketahui lebih lanjut.
-
Undang-undang yang mentadbir urus operasi laman web SC Johnson dan pemindahan maklumat peribadi secara antarabangsa
Laman web kami ditadbir urus dan dikendalikan berdasarkan undang-undang Amerika Syarikat, serta direka khas supaya serasi dengan undang-undang di negara kami beroperasi. Klik di sini untuk ketahui lebih lanjut.
-
Cara kami akan memberitahu anda tentang perubahan kepada Notis Privasi ini
Kami boleh menukar Notis Privasi ini pada bila-bila masa. Sekiranya kami membuat perubahan yang material, kami akan berusaha untuk memberikan anda notis yang munasabah tentang perubahan. Perubahan akan berkuat kuasa sebaik sahaja penyiaran Notis Privasi pindaan dibuat pada laman web kami yang sepadan. Klik di sini untuk ketahui lebih lanjut.
-
Bagaimana anda boleh berkomunikasi dengan kami tentang Notis Privasi ini atau maklumat peribadi anda
Notis Privasi ini mengandungi maklumat hubungan jika anda ada apa-apa pertanyaan atau kebimbangan mengenai Notis Privasi ini atau maklumat peribadi anda. Klik di sini untuk ketahui lebih lanjut.
-
Maklumat Khusus Negara Dan Negeri
Perhatikan bahawa undang-undang negara dan negeri tertentu mungkin memerlukan kami menetapkan maklumat khusus dalam Notis Privasi ini kerana ia ada kaitan dengan negara atau negeri tersebut. Klik di bawah untuk membaca maklumat itu bagi bidang-bidang kuasa tersebut. Maklumat khusus lokasi tersebut adalah sebahagian daripada Notis Privasi ini dan digunakan kepada maklumat yang dikumpulkan SC Johnson hanya sekiranya dan setakat yang undang-undang bidang kuasa berkenaan memerlukan penggunaan tersebut.
Kesatuan Eropah, Wilayah Ekonomi Eropah dan Switzerland
Laman web SC Johnson mungkin mengandungi pautan ke laman web yang dimiliki atau dikendalikan oleh syarikat lain. Laman-laman web tersebut boleh mengumpulkan data secara berasingan daripada SC Johnson. Sila ambil perhatian bahawa kami tidak mengawal dan tidak bertanggungjawab terhadap kandungan, dasar privasi atau amalan laman web syarikat lain. Anda hendaklah mengkaji semula notis privasi laman-laman web ini sebelum memutuskan sama ada hendak menghantar maklumat kepada mereka.
SILA AMBIL PERHATIAN BAHAWA LAMAN WEB DAN APLIKASI MUDAH ALIH KAMI TIDAK BERTUJUAN UNTUK KANAK-KANAK. JIKA ANDA DI BAWAH UMUR 13 TAHUN, SILA JANGAN BERI MAKLUMAT DARIPADA SEBARANG JENIS. BAGAIMANA PUN, UNDANG-UNDANG YANG BERKUAT KUASA DALAM NEGERI DAN NEGARA TERTENTU BOLEH MENGEHADKAN PENGUMPULAN MAKLUMAT PERIBADI DARIPADA INDIVIDU YANG LEBIH BERUMUR DAN KAMI BERHASRAT UNTUK MEMATUHI UNDANG-UNDANG TERSEBUT. ANDA HENDAKLAH MENYEMAK BAHAGIAN “MAKLUMAT KHUSUS NEGERA DAN NEGERI” DI BAWAH. SILA JANGAN BERI MAKLUMAT DARIPADA SEBARANG JENIS JIKA ANDA DI BAWAH UMUR PERSETUJUAN MENURUT UNDANG-UNDANG YANG BERKUAT KUASA. KAMI TIDAK MENGUMPULKAN MAKLUMAT PERIBADI DARIPADA MANA-MANA INDIVIDU YANG KAMI TAHU IALAH KANAK-KANAK DI BAWAH UMUR 13 TAHUN (ATAU UMUR PERSETUJUAN YANG BERKUAT KUASA LAIN).
SILA BACA NOTIS PRIVASI INI DENGAN TELITI, KERANA DENGAN MENGGUNAKAN LAMAN WEB DAN APLIKASI MUDAH ALIH KAMI ANDA MENGAKUI BAHAWA ANDA FAHAM DAN BERSETUJU DENGAN SEMUA TERMA NOTIS PRIVASI INI.
Maklumat apa yang mungkin dikumpulkan dan kaedah pengumpulan
Maklumat anda boleh dikumpulkan dalam beberapa cara, termasuk: apabila anda memberikan maklumat kepada kami, apabila maklumat dikumpulkan secara automatik atau apabila maklumat dikongsi dengan kami oleh syarikat lain.
- Maklumat yang anda berikan kepada kami
Kami mengumpul maklumat, termasuk maklumat peribadi seperti nama, tarikh lahir, alamat surat-menyurat, dan alamat e-mel, apabila anda memberikannya melalui pendaftaran untuk menerima e-mel, meminta maklumat, menghantar komen, mendaftar untuk akaun di laman web atau aplikasi mudah alih kami, menghantar ulasan produk atau mengambil bahagian dalam promosi (misalnya, pertandingan atau cabutan bertuah) atau tinjauan. Contohnya, jika anda berada di laman web rangkaian TV, melihat kandungan SC Johnson seperti promosi produk, dan anda pilih-masuk untuk menerima maklumat daripada SC Johnson, laman web rangkaian TV akan berkongsi maklumat yang anda berikan kepada kami supaya kami dapat hubungi anda seperti yang diminta.
Sekiranya laman web SC Johnson menawarkan perkhidmatan membeli-belah atau perkhidmatan komersial lain, anda akan menggunakan borang pesanan untuk meminta maklumat, produk dan perkhidmatan. Kami akan mengumpulkan maklumat yang berkaitan dengan transaksi, termasuk maklumat pesanan dan alamat penghantaran. Dalam sesetengah kes, borang pesanan boleh meminta bahawa anda mewujudkan akaun dengan nama pengguna dan kata laluan. Borang pesanan boleh meminta anda untuk memberikan maklumat kewangan, seperti maklumat akaun (termasuk nama pengguna dan kata laluan) atau nombor kad kredit atau debit, tarikh tamat kad kredit atau kad debit anda, nama pada kad kredit atau debit anda, alamat pengebilan anda , atau maklumat pembayaran lain. Maklumat ini dihantar kepada kami atau pembekal perkhidmatan kami melalui sesi melayari yang selamat. Jangan menghantar maklumat kewangan kepada kami di luar sesi pelayaran yang selamat.
Kami menyelenggarakan laman web untuk menyokong pelanggan perniagaan ke perniagaan kami dan pengguna akhir produk dan perkhidmatan kami dalam segmen seperti industri, institusi dan penjagaan kesihatan. Jika anda mengakses laman web kami bagi pihak perniagaan, kami juga boleh mengumpulkan maklumat hubungan kerja anda (termasuk alamat e-mel dan nombor telefon), jawatan atau peranan anda dan butiran mengenai perniagaan tersebut. Laman web yang bertujuan untuk perniagaan juga boleh memberikan keupayaan untuk mencipta akaun untuk mengakses perkhidmatan dan kandungan tertentu.
Kami mengekalkan laman web tertentu bagi pengambilan pekerja, termasuk mengumumkan peluang pekerjaan dan membenarkan serahan permohonan dalam talian. Jika anda menggunakan laman web yang sedemikian, anda akan diminta untuk mencipta akaun untuk menguruskan proses permohonan dan, jika anda memilih, untuk menetapkan awasan pekerjaan. Anda juga akan diminta untuk memberikan maklumat hubungan, serta maklumat lain yang berkaitan dengan permohonan anda, seperti resume atau vitae kurikulum.
Menyediakan maklumat peribadi kepada kami adalah opsyenal semata-mata. Bagaimanapun, jika anda enggan memberikan butiran penting (cth., seperti yang mungkin dikenal pasti dalam borang pendaftaran atau untuk tujuan menyelesaikan transaksi yang diminta), ia mungkin mustahil untuk menggunakan beberapa ciri dan fungsi laman web atau aplikasi mudah alih dan/atau untuk mendapat manfaat daripada perkhidmatan atau promosi kami (contohnya, dengan tidak dapat mengambil bahagian dalam cabutan bertuah atau pertandingan atau tidak dapat membeli produk dalam talian) atau menyertai permainan atau pengalaman tertentu dalam talian lain.
- Maklumat yang dikumpulkan secara automatik
Kami, serta agensi, pengiklan dan/atau penyedia perkhidmatan, boleh menempatkan kuki, suar atau teknologi penjejakan lain dalam penyemak imbas anda untuk mengumpulkan secara automatik maklumat am bukan peribadi dan maklumat lain apabila anda melawat salah satu laman web kami (lagi tentang kuki, suar dan cara menghentikan pengumpulan automatik kemudian dalam Notis Privasi ini). Pengecam dalam talian, seperti alamat IP dan ID peranti anda, yang dalam sesetengah bidang kuasa mungkin dianggap sebagai maklumat peribadi, juga boleh dikumpulkan melalui penggunaan teknologi automatik apabila anda melawat laman web kami atau menggunakan aplikasi mudah alih kami – lihat lebih lanjut mengenai pengumpulan alamat IP dan ID peranti dan keupayaan untuk mengaitkan tabiat penyemakan imbas laman web atau penggunaan aplikasi mudah alih dengan komputer peribadi individu anda atau peranti lain dalam bahagian ini di bawah.
Sekiranya anda berada pada laman web bagi salah satu daripada rakan promosi atau pengiklanan kami, kuki atau suar kami mungkin boleh ditempatkan pada komputer anda melalui kandungan SC Johnson yang anda mungkin melihat (cth., promosi atau iklan produk).
Maklumat yang dikumpulkan oleh kuki, suar atau teknologi automatik lain mungkin digunakan oleh kami atau rakan promosi atau pengiklanan kami untuk menyampaikan pengiklanan sasaran kepada anda. Amalan memaparkan iklan pada laman web syarikat yang tidak berkaitan dipanggil pengiklanan sasaran (lagi tentang pengiklanan dalam talian pada laman web yang tidak berkaitan (pengiklanan sasaran) dan cara menghentikan penghantarannya kemudian dalam Notis Privasi ini).
Jenis maklumat yang mungkin dikumpulkan secara automatik termasuk:
- jenis penyemak imbas internet
- jenis komputer atau peranti
- alamat IP**
- **PERHATIAN: Alamat IP Ialah nombor yang diberikan kepada komputer anda oleh Penyedia Perkhidmatan Internet (Internet Service Provider, ISP) anda supaya anda boleh mengakses internet. Sesetengah ISP memberikan alamat IP baharu setiap kali anda mengakses internet manakala ISP lain memberikan anda nombor yang sama setiap kali anda mengakses internet. Dalam kes apabila anda diberikan alamat IP yang sama, ada kemungkinan untuk maklumat mengenai tabiat penyemakan imbas anda dikaitkan dengan komputer peribadi individu anda.
- ID peranti**
- **PERHATIAN: ID peranti ialah nombor unik yang berkaitan dengan peranti anda. Hasilnya ialah kemungkinan maklumat tentang penggunaan aplikasi mudah alih anda dikaitkan dengan peranti individu anda.
- sistem pengendalian
- tingkah laku semak imbas, seperti merujuk maklumat laman web, halaman web yang dilawati, kandungan yang dilihat atau dimuat turun, masa yang dihabiskan pada laman web dan pautan yang diklik
- tingkah laku pembelian, termasuk barang yang diletakkan di dalam troli membeli-belah dan item terbiar
- tarikh dan masa kunjungan
- lokasi geografi, seperti kod negara, bandar dan poskod (atau pos)
Maklumat ini membantu kami menyediakan pengalaman laman web yang lebih baik dengan menganalisis prestasi laman web kami, mendiagnosis masalah dengan pelayan kami, menilai navigasi laman web dan memahami dengan lebih baik demografi pengunjung laman kami agar kami dapat menyediakan kandungan, fungsi dan tawaran yang lebih relevan.
SC Johnson juga menyediakan aplikasi mudah alih yang tersedia untuk digunakan pada telefon atau peranti mudah alih anda yang lain, termasuk untuk tujuan menyertai promosi, permainan dan pengalaman dalam talian lain, menyambung ke “Internet of Things” atau peranti “pintar” atau sebaliknya menggunakan perkhidmatan yang kami sediakan kepada anda. Untuk menggunakan beberapa ciri dan fungsi kami boleh menggunakan teknologi yang secara automatik mengumpulkan maklumat daripada peranti anda apabila anda menggunakan aplikasi mudah alih, termasuk jenis peranti mudah alih anda, maklumat tentang sistem pengendalian peranti anda, cara anda menggunakan aplikasi atau peranti mudah alih dan lokasi geografi am anda.
- Maklumat yang dikongsi dengan kami oleh sumber lain
Kami boleh menerima maklumat tentang anda daripada sumber lain seperti peruncit dalam talian, pangkalan data awam, pengumpul atau penjual data atau syarikat/laman web di mana anda telah bersetuju untuk berkongsi maklumat anda dengan syarikat lain. Contohnya, jika anda berada pada laman web kandungan tontonan rangkaian TV daripada sesuatu rancangan TV, anda mungkin mempunyai peluang untuk mendaftar untuk menerima komunikasi/berita berkala mengenai rancangan TV tersebut. Semasa anda mendaftar, rangkaian TV juga boleh bertanya dengan anda sama ada anda ingin berkongsi maklumat anda dengan rakan kongsi rangkaian TV itu. Jika anda bersetuju untuk berbuat demikian dan SC Johnson ialah satu daripada rakan kongsi rangkaian TV itu maka kami boleh menerima sesetengah daripada maklumat anda.
Kami juga mungkin menerima maklumat mengenai anda daripada laman rangkaian sosial jika anda atau pengguna lain (cth., “rakan-rakan”anda) memberikan kami akses kepada profil, komen, atau “hubungan” anda, jika anda “suka” kami, jika anda terlibat dengan kandungan iklan kami pada platform ini atau jika anda memilih untuk menyertai halaman atau program tajaan SC Johnson yang bertempat dalam laman rangkaian sosial (cth., halaman Facebook SC Johnson). Jenis maklumat yang kami boleh terima termasuk komen yang anda telah siarkan atau berkongsi, minat, lokasi, mesej langsung yang anda hantar kepada kami dan jika anda mengambil tindakan dalam atau menghubungkan daripada kandungan iklan kami. Anda hendaklah menyemak dasar privasi dan terma yang terpakai bagi laman rangkaian sosial dan menyesuaikan tetapan anda mengikut kesesuaian.
Laman web kami juga boleh mempunyai “plugin” ciri laman web lain daripada syarikat lain, seperti butang “Suka” di Facebook dan Facebook Conversations dan ciri lain yang membolehkan log masuk atau kefungsian laman web lain atau interaksi dengan laman rangkaian sosial. “Plugin” dan ciri-ciri ini, termasuk pengendalian dan penggunaannya dan maklumat yang anda berikan kepada syarikat-syarikat lain itu sebagai sebahagian daripada penggunaannya, ditadbir urus oleh dasar dan amalan privasi mereka. Sila ambil perhatian bahawa kami tidak mengawal dan tidak bertanggungjawab terhadap dasar atau amalan privasi pihak tersebut. Anda hendaklah mengkaji semua notis privasi dan terma yang terpakai sebelum memutuskan sama ada hendak menggunakan “plugin” atau ciri laman web lain daripada syarikat lain.
Kami juga menggunakan perkhidmatan syarikat yang memberi ganjaran dan program insentif lain yang membolehkan penghantaran kandungan boleh suai masa sebenar dan menawarkan kepada peserta dalam program mereka, termasuk kupon dan rebat. Syarikat yang sedemikian mengumpulkan dan berkongsi maklumat tentang tabiat pembelian anda. Dalam sesetengah kes, ini boleh termasuk maklumat lokasi geografi yang tepat daripada telefon anda atau peranti mudah alih yang lain untuk menghantar kandungan dan tawaran masa sebenar yang relevan kepada anda. Anda hendaklah mengkaji semula dasar privasi dan syarat yang berkaitan dengan program tersebut sebelum bersetuju untuk mengambil bahagian.
Cara kami menggunakan maklumat
Kami boleh menggunakan maklumat atas pelbagai tujuan untuk:
- menjawab soalan dan permintaan anda,
- memberikan anda maklumat mengenai syarikat, produk, perkhidmatan, promosi kami dan tawaran istimewa lain, termasuk melalui penyampaian pengiklanan sasaran,
- mengkaji semula prestasi iklan, pengesahan dan pengukuran penghantaran,
- menjadikan pengalaman laman web anda sebagai sesuatu yang menyentuh peribadi melalui kandungan, iklan dan tawaran yang disesuaikan,
- membantu anda mencari kedai berhampiran anda yang menjual produk kami,
- berkomunikasi dengan anda mengenai akaun anda dan perkara lain dan mengikut budi bicara kami, perubahan kepada mana-mana dasar SC Johnson yang boleh memberi kesan kepada anda,
- menjalankan penyelidikan dan analisis yang berkaitan dengan, dan menguruskan dan memperbaiki, laman web, aplikasi mudah alih, produk, perkhidmatan, pengiklanan, senarai produk e-dagang, promosi dan jualan kami dan memahami cara anda berinteraksi dengan kami melalui platform media sosial, termasuk, sebagai contoh, untuk membuat laman web dan aplikasi mudah alih kami lebih mudah digunakan dengan kandungan yang lebih baik dengan memahami cara orang ramai menggunakan laman web, aplikasi mudah alih, produk dan perkhidmatan kami dan berinteraksi dengan kami melalui penggunaan media sosial dan pengiklanan,
- memproses transaksi dan menghantar produk kepada anda,
- menguruskan komuniti dalam talian bagi perkongsian dan pertukaran ulasan, komen, maklum balas, idea dan kandungan pengguna lain yang dihasilkan,
- mentadbir program dan promosi yang anda mendaftar, termasuk cabutan bertuah dan pertandingan dan aplikasi mudah alih bagi permainan dan pengalaman lain dalam talian,
- menjalankan aktiviti lain yang didedahkan pada masa anda memberikan maklumat anda,
- menjalankan ciri rangkaian sosial yang anda telah aktifkan, dan/atau
- menggabungkan semua maklumat yang kami kumpulkan atau terima mengenai anda bagi sebarang tujuan yang terdahulu.
Setakat yang anda berikan kepada kami maklumat kewangan berkaitan dengan perkhidmatan membeli-belah atau komersil, kami akan menggunakan maklumat kewangan tersebut untuk memproses pesanan dan mengebilkan anda bagi produk dan/atau perkhidmatan. Dengan menyerahkan akaun atau nombor kad kredit atau debit kad anda dan maklumat peribadi yang berkaitan, anda memberikan kuasa kepada kedai kami untuk memberi maklumat tersebut kepada penyedia perkhidmatan kami dan syarikat perniagaan dan kad kredit untuk pengesahan dan penunaian pesanan, pengesahan identiti dan pengurusan risiko dan penipuan.
Cara kami melindungi maklumat
Kami mengambil serius keselamatan maklumat dan menggunakan langkah keselamatan yang boleh diterima industri untuk membantu melindungi maklumat peribadi anda daripada akses, perubahan, kehilangan atau penyalahgunaan yang tidak dibenarkan. Sebagai contoh, kami menyimpan maklumat peribadi mengenai sistem komputer dengan akses terhad dan sistem-sistem ini terletak di kemudahan terkawal. Apabila kami menyampaikan maklumat yang sangat sulit (cth., nombor kad kredit) melalui internet, kami melindunginya melalui penggunaan kaedah penyulitan data.
Sila ingat untuk tidak menghantar nombor kad kredit, keselamatan sosial atau kata laluan peribadi anda melalui e-mel tidak selamat. Sila ingat juga untuk tidak sekali-kali berkongsi kata laluan anda, tidak sekali-kali membiarkan komputer anda tidak diawasi dan sentiasa log keluar apabila anda selesai menggunanya.
Undang-undang yang mentadbir urus operasi laman web SC Johnson dan pemindahan maklumat peribadi secara antarabangsa
Laman web kami ditadbir urus dan dikendalikan berdasarkan undang-undang Amerika Syarikat, serta direka khas supaya serasi dengan undang-undang di negara kami beroperasi.
Oleh sebab kami merupakan sebuah perniagaan antarabangsa, pelayan komputer yang menyokong laman web kami dan memproses maklumat peribadi anda mungkin berada di luar dari negara di mana anda mengakses laman web dan di mana maklumat anda dikumpulkan. Akibatnya, maklumat peribadi anda di luar negara mungkin diproses, diuruskan dan/atau dipindahkan dalam negara tersebut dan ke negara lain yang tidak mempunyai undang-undang privasi yang sama seperti negara kediaman anda. Jika demikian, kami akan kendalikan maklumat peribadi anda menurut Notis Privasi ini.
Sentiasa sedari bahawa dengan menggunakan laman web kami atau membekalkan kami dengan maklumat, anda: (a) bersetuju bahawa laman web kami tertakluk kepada undang-undang Amerika Syarikat, dan (b) membenarkan pengumpulan, pemprosesan, penyelenggaraan dan pemindahan maklumat sedemikian di dalam dan ke Amerika Syarikat dan/atau negara lain.
Perhatikan bahawa undang-undang negara dan negeri tertentu mungkin memerlukan kami menetapkan maklumat khusus dalam Notis Privasi ini kerana ia ada kaitan dengan negara atau negeri tersebut. Klik di bawah untuk membaca maklumat itu bagi bidang-bidang kuasa tersebut. Maklumat khusus lokasi tersebut adalah sebahagian daripada Notis Privasi ini dan digunakan kepada maklumat yang dikumpulkan SC Johnson hanya sekiranya dan setakat yang undang-undang bidang kuasa berkenaan memerlukan penggunaan tersebut.
Cara kami akan memberitahu anda tentang perubahan kepada Notis Privasi ini
Sila ambil perhatian bahawa kami berhak mengubah Notis Privasi ini pada bila-bila masa. Setakat yang mana kami membuat perubahan yang material, kami akan berusaha untuk memberikan anda notis yang munasabah tentang perubahan tersebut. Perubahan akan berkuat kuasa sebaik sahaja pengemukaan Notis Privasi pindaan di laman web kami yang sepadan. Sila semak dari semasa ke semasa.Bagaimana anda boleh berkomunikasi dengan kami tentang Notis Privasi ini atau maklumat peribadi anda
Jika anda ada apa-apa pertanyaan atau kebimbangan mengenai Notis Privasi ini atau maklumat peribadi anda, sila beritahu kami dengan menghubungi kami di alamat e-mel dan alamat di bawah dan permintaan anda akan dikendalikan oleh pusat khidmat pelanggan kami di Amerika Syarikat:
Melalui e-mel: PrivacyInquiries@scj.com
Melalui pos: c/o S.C. Johnson & Son, Inc. - Privacy Inquiries
1525 Howe Street MS048
Racine, WI 53403
USA
Melalui telefon atau borang web: Klik di sini untuk melawat halaman “Hubungi Kami” dan ketahui jika terdapat pilihan yang membolehkan anda untuk menghubungi kami melalui telefon atau borang web di lokasi anda.
Perhatikan bahawa undang-undang yang berkuat kuasa dalam bidang kuasa tertentu boleh memberikan anda hak, termasuk, jika boleh diguna pakai dalam bidang kuasa anda, hak untuk meminta kami:
- untuk memberikan anda maklumat mengenai kategori dan beberapa maklumat peribadi khusus yang telah kami kumpulkan tentang anda, penggunaan dan pemprosesan maklumat peribadi tersebut oleh kami, termasuk tujuan penggunaan dan pemprosesan kami, maklumat mengenai sumber daripada mana kami memperoleh maklumat peribadi anda, cara kami menggunakan dan memproses maklumat peribadi anda dan kategori pihak lain yang kami berkongsi atau mendedahkan maklumat peribadi anda dan untuk memperoleh salinan maklumat peribadi yang kami ada tentang anda;
- untuk memperbetulkan atau mengemas kini maklumat peribadi anda;
- untuk tidak menghubungi anda pada masa hadapan;
- untuk memadam maklumat peribadi anda;
- untuk menghentikan penggunaan dan pemprosesan, termasuk perkongsian atau pendedahan, maklumat peribadi anda; dan
- untuk memaklumkan apa-apa perubahan atau keperluan pemadaman kepada pihak lain yang kami berkongsi atau mendedahkan maklumat peribadi anda dengan mereka.
Tidak semua hak tersebut mungkin boleh digunakan dalam bidang kuasa anda; SC Johnson akan mematuhi undang-undang yang berkuat kuasa. Anda hendaklah mengkaji semula bahagian “Maklumat Khusus Negara dan Negeri” di bawah.
Sebelum memenuhi sesuatu permintaan, kami mungkin perlu meminta maklumat tambahan untuk mengesahkan bahawa permintaan itu datang daripada individu yang berkaitan dengan maklumat peribadi atau wakil yang diberi kuasa. Kami akan berusaha meminimumkan maklumat yang kami kumpulkan untuk tujuan mengesahkan identiti dan kebenaran tersebut, tetapi tahap pengesahan yang diperlukan akan bergantung pada pelbagai faktor, termasuk jenis permintaan dan kesensitifan maklumat peribadi. Dalam sesetengah kes, kami mungkin perlu meminta pengenalan yang dikeluarkan oleh kerajaan bagi pengesahan identiti. Apa-apa maklumat peribadi yang kami kumpulkan berkaitan dengan pengesahan tersebut akan digunakan hanya bagi tujuan menjawab permintaan tersebut.
Harap maklum bahawa mengikut penyimpanan rekod rutin kami, serta mengikut budi bicara kami dan dari semasa ke semasa, kami boleh memadam rekod yang mengandungi maklumat.
Maklumat Khusus Negara Dan Negeri
Maklumat khusus lokasi yang berikutnya ialah sebahagian daripada Notis Privasi ini dan digunakan kepada maklumat yang dikumpulkan SC Johnson hanya setakat yang undang-undang bidang kuasa berkenaan memerlukan penggunaan tersebut.